Sunday, March 15, 2009


Manchester United X Liverpool.
Migrain dan Bola Sepak bukanlah satu kombinasi yang secocok.Aku tak tahu pendapat kamu.Mungkin bagi kamu adalah seronok menonton pertandingan Bola Sepak jika kamu mengalami Migrain pada masa itu.Mungkin rasa macam erotic pleasure, itu aku tak tahu.
Apa yang aku tahu walaupun aku adalah peminat Liverpool dan Manchester United, aku memang tak mampu untuk menonton match mereka.Sayang.
Tapi apa aku boleh buat,urat dahi ni sampai tersembul keluar dah macam watak Dragonball Evolution sedang melakukan aksi Ka Me Ha Me Ha .
Jadi aku hanya ada tiga pilihan untuk menghilangkan Migrain ni.
Mengikut saranan Doktor, makan pil yang diberi mengikut preskripsi yang diberi
Mengikut saranan Mak aku, jangan makan ubat tu selalu nanti otak short circuit, jadi kalau sakit kepala mandi dan terus tidur.
Mengikut saranan entah-siapa-aku-tidak-ingat, kalau sakit kepala, sekiranya kamu kehabisan ubat atau memilih untuk tidak mahu memakan ubat.Kamu mampu menghilangkan sakit kepala dengan merangsang love hormon.Sama ada kamu menkomsumpsi coklat, atau macam mana aku nak jelaskan dalam bahasa melayu ni,erm...take the matter with your 'own' hands.If you catch my drift, boys.
Jadi aku mengambil keputusan untuk menerima saranan Doktor dan Mak aku tapi dengan method yang diubah suai sedikit, yakni mandi,menelan sepapan panadol actifast dan terus masuk tidur.Saranan yang ketiga aku tidak dapat aplikasikan atas masalah roomate aku ada melepak di dalam bilik.Aku kehabisan coklat, jadi hanya 'itu' sahaja yang aku rasa aku mampu buat.Tapi, takkan aku nak suruh dia keluar semata-mata 'itu' dan takkan aku nak public touching diri sendiri plak?
Sedang aku berusaha susah payah nak memejamkan mata yang susah nak lelap dan memaksa diri untuk menahan sakit kepala yang berdenyut-denyut dengan kelajuan maksima.Waktu-waktu macam ni lah kipas-susah-mati Bola Sepak nak terpekik terlolong marahkan TV dekat warung makan sampai aku yang menghuni tingkat 11 pun boleh dengar laungan mereka.
Abang,adik,kakak,makcik,pakcik, saya pun peminat Bola Sepak juga tapi saya tak pulak pergi kedai makan, beli air beberapa cawan, makan tak sampai 10 pinggan, lepas tu nak duduk melanggok kat kedai makan sampai pagi.Aku tak pulak menebeng kat depan kedai tu semata-mata nak tengok TV.Rumah sewa aku ade TV kecik juga, rumah aku kadang-kadang siaran tak jelas juga.Tapi aku tak pulak buat muka tebal pergi kedai makan semata-mata nak tengok siaran Bola Sepak.
Aku pun semangat juga tengok aksi mengelecek dan merembat bola masuk gawang.Aku pun ada juga perasaan kecewa,marah,geram sebab tidak goal, (Aku ni kan manusia jadi normal lah bagi aku mempunyai perasaan) tapi tidak pula aku nak tengking TV tu sampai melekat air liur.Tidak pula aku nak ketuk-ketuk meja sampai berlekuk.Tidak pula aku nak marah dekat orang sekeliling.
Walau macam mana semangat dan seronok pun perlawanan tersebut, aku sedar ada orang lain dekat sekeliling aku.Aku berkongsi udara dan kawasan sekitar dengan manusia lain juga.Aku sedar ada isteri,teman wanita,anak orang lain nak tidur.Aku sedar orang lain ada kehidupan keesokan harinya.Jadi aku memikir tentang mereka.Kita manusia dikurniakan akal fikiran.Kita ada kesedaran sivik.Kita ada nilai-nilai murni dan budi bahasa yang tinggi.Kita bertamadun.Betul? Logik?
Lagipun walau macam mana kamu marah,maki hamun atau tengking TV itu sampai separuh nak mati pun, keadaan dan situasi itu takkan berubah,mustahil akan berubah dengan hanya tengkingan kamu.Semua yang kamu tonton tu memang dah berlaku.Lagipun, bukannya kamu ada 5cm dari padang bola.Bukannya kamu ada kuasa untuk merubah keadaan yang berlaku dalam padang.Bukannya apa yang kamu tengking itu, pemain dan pengadil faham.Kalau kamu ada di stadium menonton perlawanan tersebut, kamu tengking sampai nak keluar anak tekak pun, bukannya mereka kenal kamu pun.
Benar jika pasukan kamu menang kamu merasa puas, kamu tersenyum besar membaca akhbar sukan keesokan harinya.Tapi selepas itu, perkara yang sama akan berlaku juga.Kamu ada hidup yang perlu diteruskan,mereka ada perlawanan yang perlu bersiap-sedia.Masing-masing kembali kepada norma hidup sendiri.
P/S Aku akhirnya tidak dapat tidur.*sigh*
Random Note:"You can be as mad as a mad dog at the way things went. You could swear, curse the fates, but when it comes to the end, you have to let go."
Me
Mood:Migrain.
† My
doll smiled.
2:38 AM
0 commented
2:38 AM
0 commented