Tuesday, March 3, 2009
Periuk Kalau Mengata Cerek,Sampai Bila-bila Pun Dia Cakap Dia Lagi Putih.
(AMARAN: Entry ini tidak bermaksud untuk memihak kepada sesiapa.Hanya untuk menyatakan pendapat tulus ikhlas aku.Hence the one-metre-long entry.Jadi kepada sesiapa yang kipas-susah-mati pihak-pihak tertentu digalakkan pergi tempat lain.Aku takut nanti ada pulak yang hantar santau segala ilmu dekat aku hanya sebab aku meluahkan pendapat aku.Lagipun setahu aku ini blog aku en?)
Kalau nak dipikirkan balik lah.Aku ni memang seorang yang tak berapa suka atau minat dengan industri seni tanahair tempatan.Dari aku kecik sampai tua bangka macam sekarang ni.Bila lepak dengan kawan-kawan kolej, aku macam beruk termanggu-manggu bodoh bila mereka berbual pasal selebriti-selebriti yang ada kat Malaysia ni.
Kadang-kadang bila mereka gelak besar,aku rasa macam tak tau nak buat apa.Senyap bodoh nanti dikatanya aku ni seorang yang membosankan.Kalau gelak besar bersama terasa diri hipokrit dan bodoh sombong.Ya, aku ni bukan seorang sukakan nilai humor bodoh yang dipaparkan melalui tindak tanduk seseorang.Aku lebih sukakan nilai sarkastik yang dilapik humor dalam perbualan.
Tapi sejak bulan lepas, ada sebuah topik yang menarik perhatian aku.Semuanya bermula semasa kawan-kawan aku menonton drama Keliwon.Sebelum ni aku memang tidak layan sangat rancangan televisyen ni.Tidak sampai separuh cerita aku berasa bosan, jadi aku masuk bilik dan tidur.
Keesokan harinya terasa macam nak tengok kembali drama semalam dan bandingkan dengan drama dari luar negara.Ketika aku sampai di laman TV3.com untuk mendownload drama semalam, di bahagian komen penuh dengan caci-maki,tohmahan durjana,kutukan berbisa yang jauh lebih kejam dari mulut aku sendiri.
Semuanya tentang selebriti Fasha Sandha.Jadi aku ambil peluang untuk menanyakan beberapa soalan kepada teman aku tentang si Fasha ni.
Weyh, Fasha Sandha ni siapa and apa masalah dia?
Ouh, Fasha Sandha ek, ko nak tau dia ni artis paaaaling bermasa'alah tahun 2008 kau tau tak.
Ye ke, apasal macamtu sekali?
Dia ni gedik merampas suami orang lain kau tau tak.
Rupa-rupanya tu masalah dia.Aku ingatkan masalah besar sangat.Sebab semasa aku baca ruangan komen, komen-komen yang diberi tu aku rasa terlalu melampau sangat.Macam komen yang dilemparkan untuk orang berhati binatang macam perogol etc.Bagi aku ada banyak lagi masalah besar dari kes rampas suami orang.
Jadi aku pun melakukan sedikit sebanyak kajian tentang masalah si Fasha Sandha ni.Aku kumpul pendapat budak-budak kolej dan cuba jawab satu persatu alasan kenapa si Fasha Sandha ni patut di tohmah sebegitu sekali.Antara alasan yang aku dapat:
1) Fasha Sandha ni sundal besar sebab dia rampas suami orang.
2) Fasha Sandha tak tau malu pakai baju ketat-ketat.
3) Fasha Sandha gedik.
4) Fasha Sandha tak pandai berlakon.
Setakat ni itu je yang aku dapat.Jadi aku cuba jawab satu persatu kenapa aku rasakan yang Fasha Sandha ni tak patut ditohmah sebegitu rupa.
1) Setahu aku kes rampas suami orang ni memang dah lama wujud sejak dari zaman masihi lagi.Ak buat kajian dekat internet tentang masalah rumah tangga di laman web kerajaan, statistik menunjukkan tahun 2008 sahaja sebanyak 56 kes penceraian berlaku setiap hari dan punca perpisahan akibat orang ketiga adalah antara sebab-sebab utama masalah ini berlaku.
Selain dari itu, sebelum ini ada juga kan selebriti yang kahwin dengan suami orang.Memang tidak dinafikan lelaki itu gatal miang keladi nak dekat selebriti tersebut.Tapi bagi aku kalau tangan nak bertepuk, mestilah dua-dua bertepuk.Kalau seorang miang seorang lagi tak melayan, tak jadi juga kan?Jadi aku tak faham kenapa selebriti seorang ni terlepas sikit dari si Fasha.Sedangkan suami yang selebriti ni rampas dah tua ganyut dah anak dua tiga orang.Isteri si suami ni pun baik je.Kawan lecturer aku.Tak silap aku Tengku Z kot namanye.Elok je rupenye.Tiada masalah pun aku tengok.Tapi bercerai juga en.Sedangkan dia ni lagi berumur dah lama berumahtangga boleh retak,inikan pula yang setakat dua tahun.Berhingus lagi dalam hal rumahtangga ni.Jadi kenapa si Fasha Sandha ni jadi mangsa tohmahan lagi teruk dari mereka?
2) Kalau nak mengata si Fasha ni pakai baju ketat-ketat, bagi aku lagi ramai selebriti yang lebih teruk dari dia.Selebriti yang menyanyi dekat rancangan One In A Million pakai skirt sampai nampak tanda nakal dekat buku lali.Selebriti berlakon dalam drama pakai skirt paras lutut.Lagi teruk dari si Fasha Sandha ni pun ade aku rasa.Setakat pakai baju ketat, macam kalau kita jalan-jalan dekat Times Square tu, anak melayu punya pakaian macam tak cukup kain pulak en? Aku rasa sampai nak terkeluar aset yang mereka ada pun ada juga sebab tahap keketatan baju yang mereka pakai.Jadi kenapa si Fasha Sandha ni jadi mangsa tohmahan lagi teruk dari mereka?
3) Fasha Sandha gedik ea? Kenapa tak bising anak artis rocker buat video 3gp dengan lelaki entah siapa dalam hotel entah mana? Kenapa tak bising selebriti rambut menyinga pink merah pakai baju entah macamana rupa duduk dekat Starbuck? Kenapa tak bising anak-anak melayu perempuan sekolah menengah mengenakan dating secara pampasan? Kenapa tak bising anak melayu french kissing dekat depan pintu masuk pusat hiburan keluarga Times Square? Kenapa sibuk mencanang hal pasal Fasha Sandha sedangkan masalah kat sekeliling kita lagi hebat?
4) Fasha Sandha tak pandai berlakon, Biar aku tanya satu soalan cepu emas, Apa yang kamu semua expect pelakon muda yang mentah berhingus lagi? Kalau lakonan nak terus mantap macam Azean Irdawati dan Khatijah Tan susah sikit lah nak cari.Daripada bising seorang artis tak pandai berlakon, baik meracau pasal harga tiket wayang import dinaikkan atas alasan nak menggalakkan lagi penonton menonton wayang melayu.Baik meracau pasal mutu filem tanah air tidak mantap sedangkan bajet filem menelan jutaan ringgit.Balik-balik filem motifnya sama je.Percintaan antara seorang lelaki dan perempuan yang halangan beribu.(Air mata heroin sampai bergelen-gelen kalau ditadah dari mula cerita).Aksi yang tidak berapa menjadi.(Merempit dan Drift dekat jalan kosong).Komedi blase yang menggunakan lawak bodoh yang memaparkan kebodohan seseorang (Aksi pukul-pukul kepala). Filem seram yang alahai aku yang suka gila tengok cerita seram pun kecewa.(Ketawa geli hati dan menangis hiba dalam pawagam sebab filem seram yang aku harapkan hampeh)
Aku bukan nak buat si Fasha ni untouchable dan aku juga bukan taksub dengan selebriti tanahair.Cuma nak menunjukkan daripada membuang masa mengutuk seorang manusia.Ya, Fasha Sandha itu adalah manusia biasa yang melakukan kesilapan seperti aku,kau dan juga mereka.Seperti kita.Insan biasa yang diciptakan di sisi Allah S.W.T yang sama tarafnya dimata-Nya.Daripada kita pejamkan sebelah mata untuk orang lain dan melepaskan semua kesalahan kat seseorang adalah sesuatu yang tidak matang dan relevan betul?Daripada kita sibuk mencanang rumahtangga orang baik kita tengok anak,bini,adik,kakak,saudara-mara kita dari melakukan perkara sama terhadap orang lain.Anggaplah sebagai pengajaran.Sedangkan nabi maafkan umat,inikan kita manusia hamba biasa nak mengadili orang lain.Setahu aku, frenemy aku, F cakap si Fasha ni dah menebalkan muka dia dan meletakkan semua maruah yang ada ketepi untuk meminta maaf secara LIVE.Jadi apa lagi yang semua orang/kipas susah mati kat luar sana nak lagi?Nak si Fasha Sandha tu kelar pergelangan tangan dia secara LIVE sambil mintak ampun sampai berlinang-linang air mata darah?Biarlah masalah yang dia buat tu dia selesaikan sendiri dengan pihak tersebut.Tak perlulah kita masyarakat yang tiada apa-apa kaitan dengan masalah mereka masuk campur.Tak perlulah nak masukkan pasir dalam periuk nasi orang.Dah setahun dah, lepaskan jelah semua dendam kesumat kamu semua yang memang tiada kaitan dengan hubungan rumahtangga pihak berkaitan.Kalau aku, baik aku bising dekat adik aku dari melakukan perkara sama.Kalau aku, baik aku tengok-tengokkan dia.Kalau aku, baik aku jaga pakai,makan,minum adik aku.Kalau aku, baik aku jaga tingkah laku adik aku.Kalau aku, baik aku jaga semua orang yang aku sayang dari melakukan perkara yang tidak rasional dan relevan dengan memarahi,mencaci, selebriti yang tak cari masalah dengan aku.
Akhirkata kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi.Zazzzzzzz

Me
Mood:Lidah.Bisa
† My
doll smiled.
7:24 AM
6 commented
7:24 AM
6 commented