Tuesday, January 20, 2009

Kronologi.
( Entry yang ak tulis kali nie bukanlah untuk menagih simpati sesiapa.Hanya untuk meluahkan ape yang ak pendam selama nie.Sebab tu ar entry kali ni panjang berjela sket.So kalau korang rase ak nie mengelabah lebih.Digalakkan berhenti membaca dan pergi blog lain.Ak peduli ape.)
Ak dibesarkan tanpa ada memori pasal ayah ak.Ayah ak meninggal masa ak 3 tahun.De sakit barah paru-paru.Mak ak masa tu tengah mengandung adik perempuan ak.
Mak ak sampai sekarang macam tak dapat menerima yang ayah ak meninggal.
De cakap kalau adik ayah tak curi kereta ayah ak.Mesti de dapat dikejarkan ke hospital pada malam ayah ak sakit tenat.
De cakap adik ak nie lah punca ayah ak meninggal.
Pembawa sial katanye.
Kemudian mak ak mengalami post traumatic depression.
De menghantar ak dan adik ak dibawah jagaan nenek ak.Sepanjang waktu ak dan adik ak di bawah belaan nenek ak.
Mak ak di Terengganu menguruskan pasal ayah ak.
Menurut kata nenek ak.Mak ak duduk di rumah sana.
Tak keluar rumah.
Tak makan.
Duduk di bilik tidur.
Rumah sentiasa gelap.
Hanya lampu bilik tidur ayah ak saje yang menyala sepanjang malam.
Kemudian mak ak mengubat hatinya dengan menghabiskan RM 20k yang ditinggalkan oleh arwah ak untuk dibuat tabung pendidikan ak kelak.
"Kawan waktu susah memang susah nak cari.Tapi bila senang bersepah"
Mendengar berita yang mak ak ni tengah berduit banyak la langau yang datang menghurung Menabur simpati.
Meminjam duit.
Membawa mak ak keluar atas alasan mengubat luka.
Habis urusan ayah ak.Mak ak kembali ke pangkuan ibunya.Bungalow dua tingkat di Kuala Terengganu dijual atas alasan tidak sanggup hidup dengan memori ayah ak berkeliaran dalam rumah tu.
Bungalow di kawasan pendalaman dibeli.
Ak dibesarkan tanpa bantuan sesiapa.
Keluarga belah ayah ak tidak mahu menghulur bantuan.
Mereka memang tidak setuju arwah ayah ak kahwin dengan mak ak.
Mak ak tidak berpelajaran tinggi.
Mak ak hanya lepasan darjah lima sahaja.
Rumah nenek ak macam reban ayam kata mereka.
Mak ak terlalu muda.
Mentah.
Berhingus kata mereka.
Kahwin ketika umur 16 tahun.
Jadi sekampit beras tidak akan dihulurkan.
Mak ak dan nenek ak lah yang menyekolahkan ak.
Impian menjadi pensyarah ditanam.Jejak langkah arwah ayah ak perlu diikut.
Bahasa Inggeris diajar kepada ak sebelum ak masuk sekolah tadika lagi.
Kaset pembelajaran dipasang sepanjang ak membesar sejak kecil lagi.
Kawasan luar rumah adalah larangan.
Interior rumah adalah dimensi hidupku.
Kalau nak udara segar pun mak ak akan bawa ke rumah nenek ak.
Sekolah Rendah.
Ketika ak darjah satu mak ak telah menemui seorang lelaki lain.
Polis.
Sepanjang perkenalan mereka ak dibela dibawah nenek ak lagi.
Kehadiran ke sekolah merosot.
Namun ak masih boleh mendapat result yang baik.
Mereka berkahwin ketika ak darjah dua.
Ak memberontak.
Result menurun.
Rekod bermasalah.
Gangguan seksual terhadap rakan sekelas.
Mak ak sentap.
Tak cukup tanah ak dibuatnya.
Tali pinggang.Penyangkut baju.dan Rotan menjadi pilihan.
berbirat badan ak dikerjakannya.
Ayah tiri ak??
Sibuk outstation.
Ak senyap.
Ak belajar kembali.
Prestasi meningkat.
Ak antara calon untuk menduduki PTS.
Ak berjaya.
Tetapi ak menolak atas alasan takut tidak dapat cope.
Namun alasan sebenar rumahtangga mak ak tengah berkocak.
Ayah tiri ak rupanya ade isteri tua.
Ade anak sebelum kahwin dengan mak ak.
Berhentakan keluarga ak.
Sedara mara mencemuh.
Mak ak berseorangan menghadapi masalah ni.
Ak jadi tiang harapan.
Ak jadi tempat de menangis di malam hari.
Kemudian ak menaikkan nama keluarga.
Pertandingan merata ak masuk.
Sijil dikumpul berfail-fail.
Prestasi pembelajaran ak bagus.
Cukup untuk membuat mak ak tersenyum.
Ak kemudiannya diasingkan bersama 9 orang yang lain dibawah rancangan sekolah.
Ditempatkan di sebuah bungalow.
Tidak perlu ke kelas.
Kerja kami belajar dibawah guru-guru pilihan Guru Besar.
Seminar,motivasi dan bengkel ditaja.
Dibawa ke segenap Pahang semata-mata untuk belajar.
Sepanjang tahun dipantau.
UPSR tiba.
Semua pelajar mahukan ibu bapa mereka berada diluar dewan.
Ak?? sejak dari dulu segala acara yang diadakan sekolah ak hadiri berseorangan.
Akhirnya keputusan keluar.Ak mendapat keputusan bagus.
Ak diletakkan di bawah sayap Yayasan Pahang.
Sekolah Menengah.
Ak memulakan hidup baru.
Ingin menukar personaliti.
Ak menyamar menjadi orang lain.
Perisai diri diruntuhkan.
Ak menjadi pelajar yang mudah dihampiri.
Ak menjadi pelajar yang bising.
Ak menjadi pelajar yang annoying.
Badut kelas.
Mencari pasal dengan budak perempuan.
Namun jauh dihati ak bimbang mereka tahu pasal keluarga ak.
Ak hanya memberitahu semua yang ak tidak berayah.
Masalah lain ditolak jauh.
Ak tiada 'father figure' kata kaunselor ak.
Normal baginya ak dibuli.
Normal baginya ak nampak lemah.
Normal baginya ak diketawakan.
Mulai hari itu ak tidak percaya akan kaunseling.
PMR ak agak memuaskan.
Skandal dalam asrama dengan senior.
Skandal dalam asrama dengan pelajar lain.
Ak pun tak tahu kenapa ak suka berskandal.
Yang penting orang lain tak tahu.
Yang penting ade orang sayang ak.
Dapat tawaran MRSM.
Skali lagi ak tolak.
Masalah kewangan menjadi punca.
Tidak sanggup menyusahkan Mak ak.
Sedangkan bil api air ditanggung menggunakan biasiswa ak.
Inikan perbelanjaan ke MRSM Kuala Terengganu sana.
Jauh disudut hati ak terkilan.
Sebab ak nak sangat kembali ke tanah kelahiran ak.
Tapi nak wat camner kan.
Ayah tiri ak bercerai dengan Mak ak.
Ak katakan kat semua yang dia meninggal dalam operasi.
Biarlah mereka tak tau.
Ak kembali belajar.
Skandal senior ak datang pergi.
Ak menaruh perasaan pada junior.
Kemudian ade seorang pelajar yang tak pernah ak bertegor-sape berkenalan dengan ak.
Ak sebenarnye boleh kira dengan jari sape yang kawan ak.
Sikit sangat.
Ak pelik.
Tak pernah hayat ak kenal de.
Cakap pun jauh sekali.
Tanpa sedar ak jatuh hati kat de.
Ak senyap.
Semua kawan-kawannye pandang serong ak berkawan dengan de.
Ak jauhkan diri.
De datang balik.
So ak kekalkan je.
Pastu ak dengar de ade masalah.
Ak bantu sedaya boleh.
Sedar tak sedar ak berskandal dengan de plak.
Sebab suka sangat kat de sumer skandal lain ak tolak ketepi.
Ramai yang bising.
Ak buat bodoh.
Result average.
Percubaan average.
Family belah arwah ayah ak datang menghurung selepas nama ak naik satu Pahang.
Pertandingan sana sini ak masuk.
Bawak nama sekolah.
Bawak nama keluarga.
Mak ak plak tengah sibuk cari duit.
Lepas masalah yang menyebabkan ak tak dapat masuk MRSM.
De tak lagi berharap pada pencen dan biasiswa ak.
De menoreh getah.
De jual aiskrim.
De bukak kedai burger.
De bukak kedai makan.
De bukak kedai karaoke.
Ak merasa kehidupan senang.
Mak ak plak merasa kehidupan berskandal.
Ak tak tahu waktu tu.
Mulanya Tauke Balak.
Pastu mak ak dapat tau de bela anak ayam sebaya dengan ak.
Clash.
Pastu tah berapa ramai lagi ak tak tau.
Ak sibuk dengan tuisyen.
Ak ditaja keluarga belah arwah ayah ak.
Rezeki ak tak tolak.
Sampai ketika ak menduduki SPM .
Ak dapat berita mak ak accident.
Keretanya hancur.
Remuk.
Lelaki yang bersamanya malam tu lari.
Mak ak ditinggalkan seorang dalam kereta.
Ajaibnye mak ak takde luka luaran.
Sedangkan kereta tu dah macam tin sardin terbalik tiga kali.
Namun tiga dari tulang belakang mak ak rosak.
Ak pergi melawat.
Doktor cakap badan mak ak perlu dimasukkan besi.
Kemungkinan dia lumpuh.
Recovery yang diperlukan ialah 6 bulan.
Itupun bergantung kepada de.
Menurut laporan polis Mak ak DUI.
Ak terkejut.
Ak sentap.
Musnah imej mak ak.
Cukuplak masalah de yang de dah buat dulu.
Ak kembali menduduki SPM.
Otak melayang memikirkan sedara mara yang mengambil adik ak.
Sedara mara yang menyalah gunakan harta mak ak.
Siapa sangka mak ak nyawa de liat.
Semangat de koat.
De pulih dalam masa 3 bulan je.
Cuti SPM ak gadoh besar dengan mak ak.
Ak lari dari rumah.
Ak kerja.
Mak ak cari pakai polis.
Ak lari sampai ke Negeri Sembilan.
Kemudian Kuala Lumpur.
At last mak cik jemput ak.
Bawak balik.
Gadoh besar balik.
Ak kembali tinggal dengan nenek ak.
Result keluar.
Macam yang ak expect hancur.(Bagi ak la)
Mak ak mencari segala kabel yang de ade.
Dengan keputusan ak dapat ak berjaya dapat UM/UPM
Itupun waiting list.
Mak ak tak puas hati tengok anak orang lain dah masuk U dengan Matrix
Ak dimasukkan bawah TELEKOM.
Amik jurusan yang jauh menyimpang dari ape yang ak belajar.
Kini
Sekarang ak kembali liar.
Tak tentu hala.
Sikap jauh menyimpang.
Tidak lagi senaif dulu.
Tidak lagi sesuci dulu.
Semua ak cuba.
Semua ak buat.
Semua milik orang ak amik.
Yang penting bagiku resultku perlulah elok.
Yang laen tak perlulah mereka tahu.
Ya, tak perlulah mereka tahu.
Ak hanya budak.
Ak hanya belaan.
Ak hanya skandal
Ak perosak rumah tangga orang.
Biarlah mereka anggap ak hanya budak yang senang dapat apa yang dia nak
Biarlah mereka anggap ak hanya budak yang tak sedar diuntung
Biarlah mereka anggap ak apa sahaja.
Ak dah letih.
Ak dah tak kisah.
Ak memang terbuang.
Pandai-pandai lah ak gunakan apa yang ak ada untuk hidup kan.
Now who said that they know me too well to know everything about me
Puas hati kau sebab skang kau tahu lah kenapa ak M.I.A.(Ditujukan kepada certain someone)
Me
Mood:M.I.A
† My
doll smiled.
8:15 PM
1 commented
8:15 PM
1 commented